Pengenalan UNESCO :
UNESCO merupakan sebuah Pertubuhan
Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB.
Ia juga dikenali sebagai UN
Educational, Scientific and Cultural Organization dalam Bahasa Inggeris.
Ia adalah sebuah agensi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB.
UNESCO telah ditubuhkan pada tahun 1945.
Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke
arah kedamaian dan keselamatan dunia.
Lima Program Utama UNESCO Adalah:
~ Pendidikan
~ Sains
semula jadi
~ Sains
manusia dan sosial
~ Kebudayaan
~ Komunikasi
dan maklumat
Projek Yang Menerima Penajaan UNESCO
Termasuklah:
~
Kemahiran menulis dan membaca
~
Teknikal, dan program latihan kepada guru-guru
~
Program Sains Antarabangsa
~
Promosi kebebasan bersuara
~
Media yang bebas
~
Projek sejarah kebudayaan setempat
Tonggak Pendidikan UNECSO :
Ø
Sejak tahun 1996 UNESCO telah menetapkan 4
(empat) pilar pendidikan yang harus diperhatikan secara sungguh-sungguh oleh
pengelola dunia pendidikan.
Ø
Keempat-empat pilar pendidikan tersebut adalah:-
~ Belajar untuk Menguasai Ilmu ( learning
to know )
~
Belajar untuk Menguasai Kemahiran (
learning to do )
~
Belajar untuk Menjadi Insan Berguna ( learning to be )
~ Belajar untuk Harmoni dan Bekerjasama (
learning to live together )
Ø Ia
dibentuk UNESCO pada tahun 1993, dengan beranggotakan 14 orang dari berbagai belahan
Ø Pendidikan formal kini seharusnya merancang kurikulum yang memberi ruang dan masa untuk
pelajar melibatkan diri dalam projek
kolaboratif sama ada dalam aktiviti sukan atau budaya.
Ø
Sekolah dan guru-guru boleh merancang program
amal atau aktiviti dalam gerak kokurikulum
Ø Pelajar menjalankan kerja-kerja amal atau
komuniti di luar bandar dan juga di kawasan orang asli untuk memahami cara
hidup mereka.
Belajar Untuk Menguasai Ilmu :
Merupakan
faktor pembelajaran utama.
Manusia
perlu belajar untuk memahami dunia sekeliling mereka supaya dapat
memperkembangkan kemahiran kerjayanya serta berkomunikasi dengan orang lain.
Termasuk Belajar Cara Belajar (Learning
how to learn) dengan memperkembangkan tumpuan, kemahiran ingatan dan
kebolehan untuk kanak-kanak.
Peranan Guru
:
q
Cara penyampaian yang berkesan.
-
Penggunakan ICT dalam pengajaran.
- Gambar.
- Aktiviti pengajaran yang menarik.
Contohnya, bercerita, permainan, perbincangan dan lakonan.
q Mengikut
trend perubahan dalam dunia ledakan maklumat dan mengemas kini pengetahuan.
- Supaya murid menerima
pengetahuan terkini untuk bersaing setanding dengan orang lain dalam dunia yang berteknologi tinggi.
Belajar
Untuk Menguasai Kemahiran :
Terbahagi kepada empat bahagian iaitu :
Kemahiran interpersonal.
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran
berpasukan
Kemahiran
menyelesaikan masalah.
Peranan Guru :
q
Aktiviti “Hands-On” seperti membuat eksperimen,
membuat model dan lain-lain.
q
Aktiviti Kokurikulum. (Kelab atau Persatuan)
Contohnya, Kelab Memasak, Kelab Kemahiran Hidup
dan Persatuan Sains.
( Peranan guru sebagai Pembimbing sahaja)
Belajar Untuk Menjadi Insan Berguna :
Pendidikan
harus menyumbang kepada pembentukan insan menyeluruh dari segi fizikal,
intelek, rohani, emosi, kepekaan & penghargaan estetika.
Pembentukan
modal insan berpandanan dengan saranan yang diusulkan di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan mengenai gagasan JERISE dalam melahirkan individu
seimbang.
Kurikulum di Malaysia: membantu
perkembangan potensi murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial
(JERIS).
Setiap
individu perlu menerima didikan awal sejak kanak-kanak sehinggalah dewasa dalam
semua aspek sehingga mereka boleh berfikir secara kritis, berdikari dan
berupaya membuat keputusan.
Peranan
Guru:
Mempunyai
kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti
bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara development mengikut
kadar pembelajaran bagi mencapai hasrat kritis, kreatif dan inovatif.
Belajar
Untuk Harmoni Dan Bekerjasama:
Pendidikan
berperanan penting dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain supaya
rakyat dapat hidup aman damai di dalam negara berbilang kaum dan budaya.
Tonggak
pendidikan di mana pelajar belajar untuk bekerjasama dan hidup secara harmoni
tanpa mengira bangsa dan latar belakang.
Apakah
Implikasi Tonggak Pendidikan Ini Terhadap Sistem Pendidikan?
Beri
peluang kepada murid meneroka dan memahami orang lain diawal persekolahan.
• Didedahkan
kepada kepelbagaian budaya rakyat negara & kesedaran tentang saling
memahami serta saling memerlukan antara sama lain.
Pendidikan
menjadi wadah untuk belajar tentang budaya, agama dan tingkah laku setiap
etnik.
Pendidikan
Sivik Dan Kewarganegaraan :
Ø Memberi kesedaran kepada murid tentang peranan,
hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara.
Ø
Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara
yang bersatu padu, patriotik & boleh menyumbang ke arah kesejahteraan
masyarakat, negara dan dunia.
Ø
Menjadikan ikatan dan nilai yang sama menerusi
projek seperti sukan.
Ø
Merancang kurikulum yang melibatkan murid di
dalam projek kolaboratif sama ada aktiviti sukan atau budaya.
Ø
Program Angkat Angkat
Ø
Program Perkhemahan Kem 1 Malaysia