Friday, August 10, 2012

Kepelbagaian Budaya

Jenis Budaya :

Budaya kebendaan : Peralatan yang dapat memberi simbol dan makna kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit.

Budaya bukan kebendaan: Kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang

Ciri-Ciri Budaya :

ž  Boleh dipelajari
ž  Boleh dikongsi
ž  Bersifat sejagat
ž  Boleh diwarisi
ž  Sentiasa berubah
ž  Simbolik
ž  Pandangan semesta

Cadangan Menangani Kepelbagaian Sosiobudaya :

·      Sekolah kebangsaan sebagai peneraju
·      Kelayakan pelajar jadi penentuan
·      Pindaan akta
·      Tingkatkan kemudahan
·      Tingkatkan mutu pendidikan guru
·      Peluang latihan
·      Biasiswa kepada yang berkelayakan

Antara Cadangan Dalam Menangani Isu Kepelbagaian Budaya :

ž            Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.

ž            Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.

ž            Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.

ž           Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.

ž          Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.

ž    Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak.

 ž   Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.

ž           Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa.

ž           Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.

ž            Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman

ž           Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.

ž          Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.

ž     Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma Muadalah (diploma berkembar)

Implikasi Kepada Guru :

Positif
       Guru boleh mengaplikasikan serta memperkenalkan  nilai-nilai murni dalam budaya masyarakat tertentu kepada masyarakat yang lain.

Negatif
        Guru sukar untuk menerapkan nilai-nilai  murni kepada murid-murid akibat cara hidup serta budaya yang diamalkan

Norma Dan Sekatan :

ž  Norma merupakan peraturan tentang apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan.
ž  Sekatan merupakan ganjaran dan hukuman yang menggalakan manusia mematuhi norma
ž  Guru menetahui norma dan sekatan dalam budaya murid-muridnya
ž  Guru perlu memikirkan aspek norma dan sekatan sewaktu meranacang pengajaran

Implikasi Kepada Murid :

Positif
  •  Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya
        Membentuk interaksi sosial yang baik
        Memperkembangkan bakat

Negatif
       Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan
       Masalah komunikasi dan bahasa
       Sukar mewujudkan persefahaman
       Wujud perasaan rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri

Cara Mengatasi :

žGuru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan
ž  Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan dan sifat mereka yang berlainan.
ž  Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio budaya
ž  Mempelbagaikan kaedah pengajaran
ž  Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid
ž  Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid
ž  Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas


Uniknya Malaysia Mempunyai Pelbagai Bangsa dan Etnik!



















No comments:

Post a Comment