Friday, August 10, 2012

Tonggang Pendidikan UNESCO

Pengenalan UNESCO :

ž  UNESCO merupakan sebuah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB.
ž  Ia juga dikenali sebagai UN Educational, Scientific and Cultural Organization dalam Bahasa Inggeris.
ž  Ia adalah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB.
ž  UNESCO telah ditubuhkan pada tahun 1945.
ž Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dunia.

ž  Lima Program Utama UNESCO Adalah:
   
     ~  Pendidikan
     ~  Sains semula jadi
     ~  Sains manusia dan sosial
     ~  Kebudayaan
     ~  Komunikasi dan maklumat

ž  Projek Yang Menerima Penajaan UNESCO Termasuklah:

      ~ Kemahiran menulis dan membaca
      ~ Teknikal, dan program latihan kepada  guru-guru
      ~ Program Sains Antarabangsa
      ~ Promosi kebebasan bersuara
      ~ Media yang bebas
      ~ Projek sejarah kebudayaan setempat

Tonggak Pendidikan UNECSO :

Ø  Sejak tahun 1996 UNESCO telah menetapkan 4 (empat) pilar pendidikan yang harus diperhatikan secara sungguh-sungguh oleh pengelola dunia pendidikan.
Ø  Keempat-empat pilar pendidikan tersebut adalah:-
     ~ Belajar untuk Menguasai Ilmu ( learning to know )
     ~ Belajar untuk Menguasai Kemahiran ( learning to do )
     ~ Belajar untuk Menjadi Insan Berguna ( learning to be )
     ~ Belajar untuk Harmoni dan Bekerjasama ( learning to live together )
Ø Ia dibentuk UNESCO pada tahun 1993, dengan beranggotakan 14 orang dari berbagai belahan
Ø Pendidikan formal kini seharusnya merancang  kurikulum yang memberi ruang dan masa untuk
  pelajar melibatkan diri dalam projek kolaboratif sama ada dalam aktiviti sukan atau budaya.
Ø  Sekolah dan guru-guru boleh merancang program amal atau aktiviti dalam gerak kokurikulum
Ø Pelajar menjalankan kerja-kerja amal atau komuniti di luar bandar dan juga di kawasan orang asli untuk memahami cara hidup mereka.    

Belajar Untuk Menguasai Ilmu :

Merupakan faktor pembelajaran utama.
Manusia perlu belajar untuk memahami dunia sekeliling mereka supaya dapat memperkembangkan kemahiran kerjayanya serta berkomunikasi dengan orang lain.
Termasuk  Belajar Cara Belajar (Learning how to learn) dengan memperkembangkan tumpuan, kemahiran ingatan dan kebolehan untuk kanak-kanak.

Peranan Guru :

q  Cara penyampaian yang berkesan.
     -  Penggunakan ICT dalam pengajaran.
     -  Gambar.
     -  Aktiviti pengajaran yang menarik. Contohnya, bercerita, permainan, perbincangan dan lakonan. 

q Mengikut trend perubahan dalam dunia ledakan maklumat dan mengemas kini pengetahuan. 
    -  Supaya murid menerima pengetahuan terkini untuk bersaing setanding dengan orang lain dalam    dunia    yang berteknologi tinggi. 

Belajar Untuk Menguasai Kemahiran :

Terbahagi kepada empat bahagian iaitu :

Kemahiran interpersonal.
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran berpasukan
Kemahiran menyelesaikan masalah.

Peranan Guru :

q  Aktiviti “Hands-On” seperti membuat eksperimen, membuat model dan lain-lain. 
q  Aktiviti Kokurikulum. (Kelab atau Persatuan)
                Contohnya, Kelab Memasak, Kelab Kemahiran Hidup dan Persatuan Sains.
          ( Peranan guru sebagai Pembimbing sahaja)

Belajar Untuk Menjadi Insan Berguna :

ž  Pendidikan harus menyumbang kepada pembentukan insan menyeluruh dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi, kepekaan & penghargaan estetika.
ž  Pembentukan modal insan berpandanan dengan saranan yang diusulkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengenai gagasan JERISE dalam melahirkan individu seimbang.
ž  Kurikulum di Malaysia: membantu perkembangan potensi murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
ž  Setiap individu perlu menerima didikan awal sejak kanak-kanak sehinggalah dewasa dalam semua aspek sehingga mereka boleh berfikir secara kritis, berdikari dan berupaya membuat keputusan.

Peranan Guru:

ž  Mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara development mengikut kadar pembelajaran bagi mencapai hasrat kritis, kreatif dan inovatif.

Belajar Untuk Harmoni Dan Bekerjasama:

ž  Pendidikan berperanan penting dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain supaya rakyat dapat hidup aman damai di dalam negara berbilang kaum dan budaya.
ž  Tonggak pendidikan di mana pelajar belajar untuk bekerjasama dan hidup secara harmoni tanpa mengira bangsa dan latar belakang.

 Apakah Implikasi Tonggak Pendidikan Ini Terhadap Sistem Pendidikan?

ž  Beri peluang kepada murid meneroka dan memahami orang lain diawal persekolahan.
Didedahkan kepada kepelbagaian budaya rakyat negara & kesedaran tentang saling memahami serta saling memerlukan antara sama lain.

ž  Pendidikan menjadi wadah untuk belajar tentang budaya, agama dan tingkah laku setiap etnik.

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan :

Ø Memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara.
Ø  Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik & boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.
Ø  Menjadikan ikatan dan nilai yang sama menerusi projek seperti sukan.
Ø  Merancang kurikulum yang melibatkan murid di dalam projek kolaboratif sama ada aktiviti sukan atau budaya.
Ø  Program Angkat Angkat
Ø  Program Perkhemahan Kem 1 Malaysia

1 comment:

  1. Nak tahu cara untuk travel dengan murah? Jom singgah blog saya :

    http://www.missdae.blogspot.com

    ReplyDelete