Maksud globalisasi : Merentasi
sempadan dan media
Fungsi
Utama Globalisasi Pendidikan :
•
Menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk
pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.
•
Proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran
dan pengalaman seseorang.
Langkah Positif
Untuk Menghadapi Cabaran Globalisasi
Pendidikan:
• Menubuhkan Multimedia Super Corridor(MSC).
•
Mengembangkan
sekolah-sekolah bestari.
• Mereformasikan kurikulum sekolah - menukar
bahasa pengantar kepada Bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan pengajaran
Matematik dan Sains.
• Memberi
peluang untuk penubuhan kolej-universiti swasta dalam negeri (penswastaan
pendidikan tinggi).
Implikasi Globalisasi Pendidikan Terhadap Guru :
Dalam alaf baru, guru hendaklah bersifat
dinamik.
Guru dinamik adalah guru yang
sentiasa responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan
dari masa ke masa.
Guru dinamik sahaja dapat mengatasi
cabaran baru yang sering timbul.
Hanya sekolah dinamik berkebolehan
memainkan peranannya dengan berkesan demi memenuhi aspirasi dan kehendak
individu, masyarakat dan negara.
Guru
Pada Asasnya :
*
Mempunyai pengetahuan mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajar
* Mengetahui dan menguasai kaedah dalam pengajarannya.
* Mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati
serta dicontohi oleh pelajar.
Kebanyakan
kualiti kecekapan dan sahsiah serta kecerdasan emosi guru adalah hasil daripada
latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan
berkesan.
Latihan
ini termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi
kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.
Peranan
Guru Yang Lain :
·
Diharapkan menjadi pengganti ibu bapa.
·
Penasihat dan pembimbing dalam pembentukan
sahsiah pelajar.
·
Menjadi kaunselor kepada mereka.
· Menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan
yang elok seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik dalam masyarakat.
·
Agen pembaharuan bagi masyarakatnya.
· Guru sentiasa berusaha menanam sikap, nilai dan
ilmu pengetahuan kepada generasi baru mengikut matlamat pendidikan negara serta
nilai dan kehendak masyarakat.
Ciri –
Ciri Guru Dalam Cabaran Globalisasi Pendidikan :
1.Seorang yang beriltizam
• Keterlibatan diri secara bersungguh-sungguh
serta penuh dengan tanggungjawab dalam pelaksanaan tugasnya sebagai pendidik di
sekolah.
2.Guru yang berorientasikan
maklumat
• Bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat
baru yang berkaitan dengan pendidikan melalui sebarang media.
3.Guru yang berwawasan
• Berpandangan jauh dan mempunyai visi yang
berkaitan dengan perkembangan pendidikan, demi mencapai kecemerlangan
pendidikan negara dalam alaf baru.
4.Guru perlu berpandangan global
• Melihat perspektif pendidikan bukan lagi terhad
dalam negeri tetapi juga secara global, agar berjaya menangkis cabaran
pendidikan yang berlaku dalam proses globalisasi yang kian meningkat.
5.Guru yang berpandangan positif
• Memperlihat reformasi dan inovasi pendidikan
serta perubahan kurikulum dalam perspektif positif atau yang boleh mendatangkan
manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara.
6. Berpengetahuan, fleksibel dan
mudah menyesuaikan diri dalam reformasi,
inovasi dan perubahan pendidikan.
• Hendaklah menguasai kemahiran belajar untuk
melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran dan ilmu pengetahuan.
• Menyesuaikan diri dalam peranan dan tugas baru dari semasa ke semasa serta dalam
persekitaran sosial.
7. Mahir dalam teknologi
pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran (p&p)
• Membawa reformasi serta perkembangan baru dalam
pelbagai bidang pendidikan khasnya dalam teknologi pendidikan, teori
pendidikan, teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem
pentabiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru.
8. Membuat refleksi melalui
penyelidikan tindakan
•
Amat penting untuk peningkatan profesionalisme
keguruan.
• Guru dapat menggunakan teori pengajaran dan
pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran
lalu membaiki dan mengubahsuai rancangan kaedah dan teknik mengajar ke arah
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
apabila menggunakan proses refleksi.
9. Merebut peluang pendidikan
terbuka (open education)
•
Pendidikan terbuka boleh diertikan sebagai
pendidikan masyarakat atau aktiviti pendidikan di luar sekolah.
•
Pendidikan jenis ini tidak perlu kelayakan
akademik tinggi untuk didaftarkan sebagai pelajar.
• Segala aktiviti pendidikan boleh dijalankan di
tempat-tempat bekerja atau dikelolakan oleh kerajaan, badan – badan berkanun
atau pihak swasta di kebanyakan negara-negara maju.
10. Mewujudkan hubungan
interpersonal secara sarwajagat untuk menghadapi cabaran globalisasi pendidikan
• Perkembangan kemajuan serta pembangunan negara
Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara antarabangsa.
• Malaysia sejak awal pembentukannya pernah
memainkan peranannya di arena antarabangsa dalam usaha menjamin keamanan,
keadilan dan kesejahteraan untuk negara sendiri dan sejagat.
Saya copy, ye..
ReplyDeleteCantiknya blog. Jempuh singgah blog kite juga
ReplyDeletehttp://www.missdae.blogspot.com